|
Friday, 24 January 2014 | 06:49 | 0 comments
Assalamualaikum
“Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi
membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi
menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan
semangat”.
Bercinta jarak jauh amat mencabar dan agak sukar buat sesiapa
saja yang melaluinya tp tu bukan sesuatu yang mustahil ye dok? Sbb aku tengok
ramai yang diluar sana yang pernah melaluinya dan akhirnya perhubungan
mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.
Peluang untuk percintaan jarak jauh ini bertahan lama dan kekal
adalah sama seperti cinta jarak dekat. Dari sudut positif ia lebih manis kerana
menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga ia mampu menguji kekuatan
cinta antara pasangan.
Setelah aku intai laman sesawang pasal entry ni ,dapat lak satu
lg bahan menarik nie
“Sesungguhnya jarak itu bukan bermaksud untuk
menghukummu.Akan tetapi untuk menjaga dirimu dengannya.Menjaga fitrahnya"
InsyaAllah, aku sebenarnya nak jaga perhubungan ketika remaja,
sebab dosa zina hati, zina mata memang berat kot seksaan di akhirat nanti...
Nauzubillah....Segalanya aku mohon perlindungan Allah, minta dijauhkan laa dari
bisikan dan godaan syaitan.... Hasrat aku buat masa ini ialah belajar dan
belajar...
Kalaulah 'dia' adalah seungkap nama yang ditakdirkan untuk aku di luh mahfuz, aku redha.... Jika bukan, aku tetap redha jugak...
Hanya mampu berdoa
,insyaallah :’)
|